Khamis, 21 Julai 2011

PROGRAM PENYELARASAN BERAHI

       Program penyelarasan berahi ialah kaedah yang digunakan untuk menyelaraskan berahi ternakan seperti lembu, kambing dan biri-biri. Ia biasa digunakan untuk penternak yang mempunyai ternakan yang ramai dan ingin menyelaras atau menyamakan waktu bunting dan beranak ternakan. Kebiasaan ternakan yang mengunakan kaedah ini ialah ternakan tenusu. Kaedah ini juga digunakan untuk mempercepatkan waktu mengawan bagi ternakan yang telah matang cthnya bagi lembu antara 18 bulan hingga 24 bulan. Ia juga digunakan untuk mempercepatkan waktu untuk ibu ternakan yang telah beranak. Untuk lembu, waktu yang sesuai ialah apabila anak yang dilahirkan mencapai umur 2 bulan.



Kaedah yang digukan ialah CIDR.
1. CIDR ialah yang berbentuk seperti huruf 'T' (seperti gambar) dimasukkan kedalam vagina ternakan.






2. Terdapat hormon progesterone  pada alat ini yang meransang ternakan untuk mengawan.
 
3. Ia dibiarkan di dalam vagina ternakan selama seminggu.

4. Selepas seminggu CIDR ditarik keluar dengan menarik wayar biru dengan sekali sentap.



5. Ternakan direhat selama 24 jam

6. Selepas 24 jam, ternakan akan di suntik dengan 'cidirol injection' dan ternakan dibiarkan selama 24 jam untuk ubat memberi kesan.  Suntikan dilakukan pada sisi tengkuk ternakan.













7. Selepas itu, suntikan pemanian beradas boleh dilakukan.





Tiada ulasan: